!-- nuffnang -->

Monday, 15 April 2013

oh PMS !!


Hello Assalamualaikum semua, sihat tak semua? Arini aku nak cerita sikit fasal penyakit senggugut (PMS). PMS bermaksud himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung mempunyai sebahagian simptom PMS.  Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid. Nak tahu rase sakit tu, tunggu nanti mase korang nak bersalin, macam tu lah sakitnye. Semasa perempuan didatangi PMS mesti orang sekeliling yang akan jadi mangsa. Manakan tidak, tengah-tengah takde mud tu, ade je orang yang kacau, lagi2 kaum adam, saje nak mengacau. Aku nak share sikit tips untuk menghilangkan sakit senggugut. Banyak sebenarnya cara-cara nak menghilangkan rasa sakit senggugut ni, tapi kebanyakannya melalui pemakanan, aku ni susah sikit nak makan makanan yang pahit ke, manis sangat ke, masin boleh ( nampak sangat senang nak kne darah tinggi ), hehehe. Oke aku ade 3 tips untuk korang, kalau boleh amalkan lah, aku kadang-kadang je amalkan care macam nie.





Cara yang pertama :
Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lame lepas tu mesti korang rase lege jee.








Cara yang kedua :
Semasa sakit ketika haid. Hendaklah selalu minum air teh pahit tanpa gula.



Cara yang ketiga :
Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas tu campurkan dengan garam biasa atau garam kasar sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan biarkan semalaman. Makan pada pagi eoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 hari.





Tapi korang sanggup buat ketiga2 di atas ? Aku kadang2 gunekan care yang pertama tu. Tapi kalau aku lah, nie tips aku sendri lah, korang pergi keluar jap pergi kedai runcit, beli sepapan panadol, panadol biase pun takpe, balik rumah makan panadol tu and terus tidor, lagi senang. Hehehehe.



p/s : orang lame2 amalkan semua ni sebab ubat-ubat sekarang banyak sangat kimia  >_<’

!-- nuffnang -->

No comments:

Post a Comment