!-- nuffnang -->

Monday, 11 August 2014

Resepi Cheese Kek :)


Assalamualaikum semua,

Hai, apa khabar ? baik ? sehat ? aku mengantuk sangat hari ni sebab pertamanya hujan. Sebab kedua tak de keje banyak sangat pun, tu mata pun kuyu je beb hehehe. Haa semalam baca tak entri aku ? buat kentang putar ? dah try ke belum ? kalau dh try komen lah ye bagitahu sedap ke tak ? kalau tak sedap aku tak nak try heheh nanti takde sape yang makan pun.
Oke hari nie aku nak kongsikan pulak resipi cheese kek , nyum nyum. Dan sama macam semalam aku tak pernah buat lagi heheh so kalau tak jadi jangan marah naa :p Dan kalau jadi tolong komen dan bagitahu aku tau ;)



*Bahan A :

250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon - sy guna 2 sudu besar
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)


** butter & cream cheese biarkan pada suhu bilik


*Bahan B :

140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sudu kecik jus lemon


*Cara-cara:

*Step 1


Dalam bekas, masukkan susu, butter dan cream cheese. Cairkan ketiga2 bahan tersebut dgn kaedah double boiler.


Bila dah cair tutup api. Biarkan sejuk seketika sebelum di campur dgn bahan lain. Bila dah sejuk, masukkan tepung superfine sedikit demi sedikit.


Gaul dgn whisker sampai sebati. Bila dah sebati, masukkan pula tepung jagung sikit demi sedikit. Kacau lagi sampai sebati.


Kemudian, masukkan kuning telur. kuning telur tu aku kacau2 guna garfu je sebelum di tuang ke dalam adunan. kacau lagi sampai sebati. Masukkan sedikit garam. Akhir sekali masukkan jus lemon, kacau lagi.


*Step 2

Dalam bekas yg kering, sila masukkan putih telor bersama dgn jus lemon tadi. pastikan bekas tersebut kering tau tanpa ada kesan minyak atau air.


Putar menggunakan mixer. putar sampai berbuih-buih (foamy). Lepas tu masukkan gula sikit demi sedikit sehingga habis. putar lagi sampai adunan bertanduk (soft peak) dan berkilat.


Akhir sekali campur adunan step1 dengan step2 menggunakan kaedah kaup balik. Bakar pada suhu 160 celsius mengunakan kaedah waterbath.


*Untuk Cream 


250g cream cheese
120g susu pekat manis
150ml Whipping cream
Mix semua bahan dia atas hingga sebati


Untuk Hiasan 1 buku (250g) cheddar cheese diparut



SELAMAT MENCUBA YE KAWAN KAWAN !
!-- nuffnang -->

No comments:

Post a Comment