!-- nuffnang -->

Saturday, 30 March 2013

Hmm, CINTA SEJATI :|

Assalamualaikum semua, bertemu kembali kite :D hari ni aku nak cerita sikit pasal melawan orang yang lebih tue dari kite. Misalnya adik kite yang berumur 11 tahun melawan kakak nye yang berumur 20 tahun, nampak tak bezanye. Sangat kurang ajar budak tu, kite seharusnya menghormati orang yang lebih tue dari kite, kan aku dah cakap topik nie minggu lepas, ade lagi yang tak faham rupenye. Berkali-kali cakap bende yang same pun mereke2 nie takkan faham, aku pun pelik lah dengan orang yang macam ni. 

Oke lah, enough with this topic. Sebenarnye aku nak cerita sikit pasal cinta sejati :D macam best je kan topik ni :D Ade lah sorang mamat ni aku bercinta dengan die lebih 3 tahun, tapi putus atas sebab-sebab tertentu, tetapi selepas sebulan putus/ tak contact kite orang (aku lah tu) mesti cari die sebab mungkin rindu kot. Sampai satu masa tu aku dapat agak yang die nak contact dengan aku balik sebab nak amek kesempatan. 

And sekarang ni aku rase die dah boleh terima aku dalam hati die balik. Sebab die cari aku balik, seronok tu seronok lah, tapi curiga tu tetap ade, kite orang putuskan hanya kawan untuk sementara waktu ni, untuk mengelakkan masing-masing terluka. Sekarang bebas lah nak kawan dengan sape-sape pun, cume nanti kalau ade jodoh, kahwin lah kite orang, tapi bile orang tanye aku kau sayang die lagi, aku hanya mampu tersenyum je lah, and keputusan kami ni sudah membuatkan seseorang terluka en. Z , 

aku mintak maaf yee, aku bukan nak mainkan perasaan kau, cuma perasaan ni kite memang tak boleh nak pakse, perasaan tu kurniaan dari tuhan yang tak boleh nak pakse or nak buang, kalau ade perasaan tu  bersyukur lah, sebab perasaan tu suci, and kalau tak dapat balasan balik untuk perasaan korang tu, bersyukur lah, at least perasaan tu pernah datang dalam hidup korang :D 





p/s : bukan niat aku buat kau terluka : (
!-- nuffnang -->

Thursday, 28 March 2013

Hormat !


Assalamualaikum guys :D hari ni mud aku happy sikit, yelah jap lagi kan nak keluar pergi tengok wayang :p oke, hari ni aku nak cerita fasal hormat-menghormati. Lagi-lagi hormat kepada kedua-dua ibu bapa kita. Korang mesti tahu ape itu maksud hormat? Kalau ada yang tak tahu, maksud hormat itu adalah mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat, takzim. 

So sekarang dah tahu maksud hormat kan ? Silalah hormat dengan orang sekeliling korang. Aku cerita ni sebab malam semalam mak aku membebel je dekat aku fasal adik aku tak reti nak hormat die. So memang tanggungjawab aku lah kena tegur pangai adik aku tu, tapi makin ditegur makin menjadi-jadi pangai die. Jadi ape yang aku buat? Aku biakan je pangai die, ape yang die nak buat, buat lah, nanti suatu masa mesti die akan sedar bile semua orang dah terase dengan pangai die ‘>_< . 

Mule2 je aku nasihatkan die, tapi yelah, patutnya makin besar makin faham lah cara-cara nak hormat parent kan? Sebenanye bukan dengan parent je kite kena hormat, 1 famili kene hormat tau, tak kesah lah pangkat die adik ke kakak ke, sepupu dan sepapat sekalian. Haa lagi 1 hormatlah kawan-kawan korang, kalau die ade buat salah, jangan lah marah kan die depan orang ramai, ( naseb semua kawan-kawan aku baik sangat :D ) yee setiap manusia mesti ade buat salah. Tapi tak semestinya kite tak perlu hormat diorang. 

Cube ade orang yang tak hormat kat korang, korang rase ape ? Sakitnye lah hati ni kan? Samelah jugak dengan orang lain. Fikir-fikir lah yee, kalau ade yang cakap ‘dah pangai aku memang macam ni, nak wat camne? ‘ . Oke sekarang kau nak cakap memang pangai kau tak boleh nak hormat orang lain, tak mungkin lah, dari sekolah rendah rasenye sifat hormat-menghormati dah diserapkan dalam diri setiap individu :D

p/s : kawan aku semua hormatkan kawan masing-masing, kau haadee :p





!-- nuffnang -->

Wednesday, 27 March 2013

Erti sebuah kemaafan !


Assalamualaikum, hari nie korang sihat tak? Untuk entri hari ni aku nak cerita pasal maaf/kemaafan. Korang tahu ape itu maksud maaf? Tak tahu? Mai sini aku bagitahu, MAAF adalah perkataan yang bermaksud keampunan. Ia diucapkan kerana kesalahan yang telah dilakukan mungkin disebabkan perasaan kasih, cinta, sayang atau kesalahan yang lain. 

Orang yang telah membuat kesalahan sama ada sengaja atau tak sengaja mestilah meminta maaf, terpulang lah pada orang itu nak maafkan ke tak. Yang pastinya meminta maaf itu mungkin membuat korang rasa lebih yakin pada diri dan tidak akan terus-menerus menipu. Tapi korang janganlah dah mintak maaf pastu buat balik, sape yang nak maafkan orang yang macam tu kan ? kalau aku pun tak nak maafkan orang macam tu. 

Okay, untuk orang yang perlu memberi kemaafan pulak, kau mestilah ampunkan dia, sebab? Sebabnya die takde niat nak buat salah kat kau, dan mestilah die ase menyesal sebab dah buat salah kat kau. Kau kena percaya tak de orang buat kesalahan tanpa sebab, kalau sebab tu tak munasabah korang hantuk je kepale dorang kat dinding :p Mane ade dalam dunia ni tak nak kemaafan dari seseorang. 

Tuhan pun maafkan umat die kalau yang buat salah, ni kan korang. Sape je lah korang untuk tak nak maafkan kesalahan orang lain, haa, korang tu pun banyak gak kan wat salah?? Haa kantoi, so belaja lah meminta maaf dan belajarlah memaafkan orang. Orang yang memaafkan kesalahan orang lain lebih mulia :D




p/s : si dia maafkan aku kerana melukakan hati kau : ( 
!-- nuffnang -->

Tuesday, 26 March 2013

Itulah Perasaan :D


Assalamualaikum, hari ini aku nak cakap sikit pasal perasaan. Korang tahu perasaan tu ape? Mengikut WIKI perasaan itu untuk menjelaskan sensasi fizikal sentuhan melalui pengalaman atau persepsi.  

Ia juga digunakan untuk menjelaskan sensasi fizikal jauh dari sentuhan seperti "perasaan kehangatan".  Dalam psikologi perasaan  sering diertikan dengan emosi bererti  emosi bersifat universal. Perasaan juga  adalah respon yang dipelajari tentang sebuah keadaan emosi di persekitaran atau budaya tertentu. 

Korang tahu tak, setiap perasaan manusia dalam dunia ni perlu kite jage lagi-lagi orang sekeliling kite, dan orang yang pernah kite sayang atau orang yang pernah menyayangi kite. Harap korang faham lah maksud aku. Pernah dengar tak iklan kat radio era? Kalau korang perasan penyanyi HOT dari Indonesia UNGU ade cakap kat salah satu iklan


radio era, ‘kalau ingin putus dengan seseorang bagitahu sebabnya’ , hormatlah sikit perhubungan korang tu, ni khas untuk semua manusia bukan untuk perempuan or untuk lelaki sahaja. Jagelah perasaan orang tu, jangan lah fikir diri sendiri, tak baik kite bersifat macam tu. Setiap ape yang kite buat dalam dunie mesti satu hari kite akan dapat balasannya.

p/s : aku cakap topik nie sebab aku pun pernah kene ‘>_<
!-- nuffnang -->

Sunday, 24 March 2013

huhh penyakit ke ?


Assalamualaikum semua :D sihat tak ? sekarang ni bos aku takde, tak tahu lah, tak dapat di kesan pulak. Untuk hari ini aku nak cerita sikit lah pasal GEMUK / OBESITI. Korang pernah alami kegemukan ? pandai-pandai lah tengok badan sendiri ehh. Aku cerita ni sebab masuk je POLITEKNIK MERSING, badan aku mendadak naik. Dulu aku takde lah segemuk macam nie. Bukan salah poli sebenarnya, salah aku lah tak jage badan, hehe :D .


Perempuan Gemuk merupakan penjaga pintu untuk rumah Gryffindor. Ia merupakan watak fiksyen dalam siri Harry Potter. Watak ini dilakonkan oleh dua pelakon yang berbeza iaitu Elizabeth Spriggs dan Dawn French.

p/s : tu maksud untuk perempuan gemuk bukan maksud gemuk ‘’>_<

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.


Haa, so start sekarang nie siapa yang dah perasan diri tu makin gemuk cepat-cepat lah kuruskan badan tu yee, nanti kalau dah parah sangat susah pulak nak kurus nanti ade pulak penyakit yang datang.
p/s : jangan kuruskan badan sampai tak makan satu hari, gastrik jadinyee :D






!-- nuffnang -->

LATIHAN INDUSTRI LAGI

Assalamualaikum semua, aku baru balik kerja and rase penat sgt, tapi berbaloi lah, masyuukk tuu :p tapi esok aku kene pergi kerja, mestilah rase lagi penat kan, dengan mengantuknyee lagi, tahan je lah, untuk BOYFRIEND aku tu kesian die dari semalam tunggu nak mesej dengan aku, hehehe . oke lah sekarang aku masih lagi nak cerita pasal aku pergi ke LATIHAN  INDUSTRI ni, best tapi agak bosan lah sedikit, disebabkan kebosanan yang melampau aku dengan si SITI HAJAR kawan baik aku, tangkap gambar untuk hilangkan bosan, tapi jangan salah sangka pula, ramai juga kawan baik aku, tapi semua pergi L.I kat tempat yang jauh-jauh. :D ni ade lah sedikit-sedikit gambar kite orang :p


 cakk, memang sempat lah berposing-posing nie kan :D

muke aku redhaa jelah buat keje nie :p

sempat lagi dengar lagu tuu :D


cik Siti Hajar pun dengar lagu yang same :D


!-- nuffnang -->

Saturday, 23 March 2013

Tempat Latihan Industri

Hello guys, actually aku baru je update blog ni, dah dekat setahun aku tak update blog, tak tahu nak post ape kat blog ni, hehe aku tak lame lagi akan habis LATIHAN INDUSTRI, laporan akhir pun aku dah siapkan sikit, tapii, konfius lah nak buat macam mane, anyway abaikan je benda tu, sebab nanti pandai-pandai lah aku nak buat macam mana. Pandai buat pandai lah tanggung betul ;) Cuma sekarang aku nak bagi     korang semua tengok gambar masa aku tengah L.I. hehe, nak juga bagi korang tengok ape je yang aku buat kat sini oke choww :D

ini lah dia tempat pelajar praktikal lagi sorang tu, cik Siti Hajar namanye :D

huhh, sory nampak bersepah sangat kan, belom kemas lagi tu :p

ini tempat en.hasmanuddin, aku gelarkan die my hero :P

ini stock baru sampai, memang nampak lagi bersepah lah kan hehe :p

!-- nuffnang -->